Monday, July 13, 2009

Islam & Politik cara PAS


Front page
Sinar Harian, Isnin 13 Julai 2009.

Quoting the Tok Guru:

Tiada masalah bincang demi agama

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbincangan antara Pas dan UMNO tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan jika tujuan dilakukan demi agama dan kebaikan rakyat.

“Jika perbincangan dengan UMNO untuk kebaikan tidak apalah. Awal-awal lagi apa yang kita sekat adalah (perbincangan) bentuk politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO untuk menyelesaikan isu berkaitan agama.

Namun Abdul Hadi menyatakan perbincangan dengan UMNO perlu berlandaskan al-Quran dan hadis.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka sekalian rakyat jelata pun bertanya-tanya lah:

1. Menurut PAS, agama tak boleh dipisahkan dengan politik and vice versa.
2. Tapi sekarang kena cerita asing-asing pulak antara agama dan politik.
3. PAS memperjuangkan politik itu sendiri duduk dalam Islam. Siasah Islamiah atau Politik Islam.
4. Tapi bila Tok Guru kata "Bincey hok Isle saja boleh, hok politik tok sey", apa bezanya Politik daripada kacamata PAS dan Islam daripada kacamata PAS?
5. PAS kata UMNO parti asabiah, memperjuangkan bangsa semata2, tapi Perlembagaan Malaysia kata constitutionally semua orang Melayu di Malaysia adalah pengganut Islam. Jadi apabila PAS mengatakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO itu bukan parti Islam adalah sesuatu yg tak tepat la. Segala Parti orang Melayu di Malaysia ni adalah Parti Islam la.
6. Habih la ni macam mana? Tok Guru kata dah terpisah dah Islam dan Politik dalam PAS.
7. PAS ooo PAS .... Demo la ni tidok serupo mulo la ....


No comments:

Post a Comment