Monday, June 23, 2008

Minyak lagi...

Saya tiba di Parlimen sekitar jam 9.45 pagi. Sudah ramai wartawan di hadapan pintu masuk Parlimen. Masing-masing sedang menantikan ketibaan 4 Ahli Parlimen yang akan berbasikal ke Parlimen untuk menunjukkan protes kepada kerajaan berhubung dengan kenaikkan harga minyak. Tapi adakah tindakkan tersebut akan memberi kesan kerana kenaikkan minyak ini adalah isu dunia. Bukan sekadar di Malaysia. Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia turut merasai kesan kenaikkan harga minyak, tetapi apa daya saya untuk menghentikan semua ini. Saya pasti rakyat akan berjaya menghadapi tekanan ini. Saya juga pasti kerajaan tidak duduk diam dalam menangani masalah ini. Mungkin cara penyelesaiannya mungkin tidak dapat mengembirakan semua, tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang mendapat faedah.

P/S: Aurora harap semua dapat sama-sama bersabar dalam menghadapi tekanan ini. Pasti akan ada kebaikkan dalam semua ini.

3 comments:

  1. Kenaikan harga minyak mentah dunia memang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, publisiti murahan 4 WR PR yang berbasikal dari perkarangan bangunan Bank Negara Malaysia tampak nyata:-

    1) Kalau betul ianya adalah lambang protes kenapa WR PR yang lain tidak turut serta dalam konvoi tersebut.

    2) Kenapa tidak berbasikal sahaja dari parlimen masing-masing, takkan nak tunjuk 'gimmick' berbasikal sejauh 2 km sahaja, 'tak cukup tu bang'.

    3) Diharapkan semalam tu bukan hari pertama dan terakhir mereka (4 orang WR PR yang 'tak sekolah tu' berbasikal ke parlimen.

    MAT SIRAT - 4 ORANG WR PR MEMANG KENA MANDI DENGAN 78 ORANG WR PR YANG LAIN, BERHIJRAH KE BN...

    http://www.siratansuratan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya sokong cik Mat Sirat kita ni.
    Memang alang-alang nak protes biar berbasikal terus. Tak payah sekerat-sekerat.

    ReplyDelete
  3. tu lah pasal..kalau nak protes lepas2 nih sampai bila2 pun naik ja beskal tu..jgn duk bawak kete..poyos betul...bagi la nampak cerdik sket....ish ish ish...mcm ni ka wakil rakyat????

    ReplyDelete