Waaaa..... Sedih saya dengar berita minyak naik. Tiba-tiba tersentap hati saya. Banyak juga kenaikkannya. Terasa juga. Sekiranya kenaikkan harga beras tidak begitu saya rasai kerana bilangan ahli keluarga hanya 3 orang, kenaikkan harga minyak menyebabkan saya sedikit resah. Selama ini saya hanya perlu RM50 untuk penuhkan tangki Kenari kesayangan saya setiap 3 hari sekali, sekarang lebih RM70. Banyak beza tu. Sekarang terpaksalah lebih berjimat untuk menyerap kenaikkan harga minyak. Saya tak dapat bayangkan mereka yang berpendapat rendah dan yang mempunyai keluarga yang besar. Kasihan mereka.....
P/S: Harapan Aurora, kerajaan dapat membendung kenaikkan harga barangan lain terutama makanan demi kebajikan rakyat. Harap-harap tambang pengangkutan awam tidak naik mendadak....
Salam, P. Aurora!
ReplyDeleteIngatkan pernah ada P. Ramlee aje, P. Aurora pun sekarang dah timbul.
By the way, kenaikan harga minyak khususnya petrol dan diesel sememangnya tidak boleh dibendung lagi kerana harga pasaran minyak dah pun naik pada ketika ini. Apa yang kita perlu lengkapkan diri sekarang adalah kefahaman lengkap tentang perihal harga pasaran bahan api dan apa juga tindakan susulan seperti hijrah ke NGV, cari pendapatan tambahan dan sebagainya.
Insyaallah, rakyat Malaysia sudah cukup bersabar dan matang dalam menghadapi kemelut kenaikan harga bahan api sekarang. Bukan kita sahaj yang menghadapi tekanan peringkat 'gaban' ini, malah seluruh warga alam 'buana' semesta ini lagi.
Hi Mat Sirat,
ReplyDeleteTerima Kasih sebab sudi komen.
Memang kenaikkan minyak tak dapat dielakkan, tetapi Aurora tetap kasihankan golongan yang berpendapatan rendah.... Ya,rakyat pasti tetap berusaha untuk teruskan hidup walau setinggi mana minyak naik.