Ah Long.... Saya bukan Ah Long, Saya cuma nak tolong..... Kenapa orang pinjam duit kat ah long, kenapa tak pinjam bank? Jawapan mudah. orang nak pinjam duit sebab diorang takde duit, biasanya terdesak, dan bank biasanya takkan bagi pinjaman ada orang yang "credit ratingnya" tak cantik. Maka, jalan mudah orang-yang terdesak ni adalah dengan pinjam dengan ah long. kalau boleh bayar selamat, kalau tak boleh? Macam-macam masalah timbul.
Kenapa kerajaan tak lakukan sesuatu untuk mengawal ah long? Pada saya, jawapannya mudah, tiada permintaan. tiada perkhidmatan. Saya rasa kita kena kaji balik sebab kenapa seseorang itu menjadi begitu terdesak sehingga terpaksa meminjam dengan ah long ini. Ah Long ini hanya seperti peniaga yang hanya mahukan keuntungan. Dengan yang terdesak, asal boleh dapat wang, apa bakal terjadi kemudian hari tak menjadi soal sehingga tiba the fateful day.
Saya perhatikan, sekarang ini, ramai anak muda yang terlalu ghairah untuk mempunyai segala-galanya. Gaji bertambah RM100, hutang bertambah RM1000. Membeli rumah atau kereta tanpa mengira kemampuan jangkamasa panjang. Yang mereka nampak, lagi muda, lagi lama boleh berhutang. Tapi mereka tak nampak, lagi lama berhutang, lagi tinggi faedahnya. Mula bekerja dengan gaji mungkin RM2000 sudah mula kalut mencari rumah yang ingin dibeli. Mula kira berapa ribu pinjaman yang boleh lulus dengan gaji sebanyak itu. Selepas membeli rumah, baru sedar yang mereka tak mampu lagi membeli rumah sebenarnya. Nak jual sayang. Maka mula la mencari jalan untuk meringankan beban. Pada yang bijak, mungkin akan mengurangkan hutang lain, bertukar kepada kereta yang lebih kecil atau mengurangkan aktiviti di luar. Pada yang sebaliknya? Mungkin akan terus menambah hutang untuk menutup hutang. Kalau bujang, mungkin tak begitu bermasalah, kalau bagi yang sudah berkeluarga?
Saya harap, kepada yang masih belum banyak hutang, fikirkan dahulu kemampuan sebelum berhutang. Lebih baik tiada harta, jika berharta dengan hutang keliling pinggang. Bagi yang bekeluarga, fikirkan keperluan keluarga sebelum berhutang untuk kepentingan status anda. Wang boleh di kumpul. Bila kewangan stabil, lagi mudah untuk membeli harta. Ketika itu, pasti kita dapat menikmati harta kita.Sebaliknya, sekiranya kita terburu-buru, jika salah langkah, takut nanti terjebak dengan ah long. Fikir-fikirkan lah rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment