Sunday, November 23, 2008

Harga Minyak Pt. 1

Harga petrol dijangka turun 15 sen lagi

Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi akhir bulan ini, masing-masing kepada RM1.85 sen seliter dan RM1.75 seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan berkenaan membolehkan rakyat menikmati harga runcit petrol dan diesel terendah selepas kerajaan mengumumkan petrol dijual dengan kadar RM1.92 seliter, mulai 1 Mac 2006 sebelum dinaikkan pada Jun lalu. "Saya jangka kerajaan bakal mengumumkan satu lagi penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi, akhir bulan berikutan aliran harga minyak mentah dunia terus menjunam ketika ini.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh menurunkan harga petrol dan diesel melebihi 15 sen seliter kerana kita perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pemberian subsidi dan bayaran rebat kepada pemilik kenderaan yang kini mencecah hampir RM18 bilion," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Botani Putrajaya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan menurunkan harga petrol di bawah RM1.92 sen berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia kini menjunam kepada AS50 setong, sejak kelmarin. Shahrir berkata, kerajaan mungkin memperkenalkan harga lantai bagi petrol dan diesel, iaitu penetapan had minimum harga boleh diturunkan dengan kadar dijangka pada paras harga sebelum penstrukturan semula bahan Jun lalu atau lebih rendah daripadanya.


Beliau berkata, penurunan harga minyak dunia yang ketika ini mencecah AS$50 satu tong, memerlukan kerajaan memikirkan semula strategi mengimbangi keadaan.

Aurora: Harga minyak masih tak stabil, Aurora harap kerajaan tidak akan mengambil langkah terburu-buru untuk menurunkan harga minyak sebab bila minyak turun, rakyat tak berketik langsung, kalau naik...wah!! kecoooohhhh!!! Aurora juga berharap kerajaan berusaha membantu supaya harga barangan juga turun selaras dengan penurunan harga minyak. Jika tidak, tiada makna juga penurunan harga minyak kita. All the best to the government!

3 comments:

  1. Those in Petronas may not be the happiest people now if they don't have huge forward contracts. If they didn't have any than production cut should be an option to cut down losses.

    The price of petrol, in this country at least, is unlikely to drop below the RM 2.00 now.
    The government is desperately short of cash.

    So, the government actually needs motorists to subsidise its funds.

    Malaysian motorists should be happy soon if the government continued to pass on the cheaper price.If price falls below US$50 a barrel than the price of petrol and diesel can posssibly be adjusted to as low as RM1.50 a litre.

    ReplyDelete
  2. Yeah...everybody hope it will happen. But as we all know, the government is already short of cash, if they didn't put the floor price for gass soon, problem will definately arise. Better be safe than sorry.

    No point being favorite goverment if the people will suffer later.

    ReplyDelete
  3. And...Happy Birthday Shana.May all your wishes come true.Have a great one!

    ReplyDelete