Monday, June 23, 2008

Minyak lagi...

Saya tiba di Parlimen sekitar jam 9.45 pagi. Sudah ramai wartawan di hadapan pintu masuk Parlimen. Masing-masing sedang menantikan ketibaan 4 Ahli Parlimen yang akan berbasikal ke Parlimen untuk menunjukkan protes kepada kerajaan berhubung dengan kenaikkan harga minyak. Tapi adakah tindakkan tersebut akan memberi kesan kerana kenaikkan minyak ini adalah isu dunia. Bukan sekadar di Malaysia. Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia turut merasai kesan kenaikkan harga minyak, tetapi apa daya saya untuk menghentikan semua ini. Saya pasti rakyat akan berjaya menghadapi tekanan ini. Saya juga pasti kerajaan tidak duduk diam dalam menangani masalah ini. Mungkin cara penyelesaiannya mungkin tidak dapat mengembirakan semua, tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang mendapat faedah.

P/S: Aurora harap semua dapat sama-sama bersabar dalam menghadapi tekanan ini. Pasti akan ada kebaikkan dalam semua ini.

Pintu kereta terbuka, budak maut digilis

Oleh Omar Osman
Berita Harian Online
23 Jun 2008

SUNGAI PETANI: Seorang budak lelaki berusia setahun sembilan bulan maut digilis kereta yang dipandu bapanya sendiri, apabila dia terjatuh dari kenderaan itu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke pusat beli-belah, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Mohd Firdaus Shahbuddin, dikatakan terjatuh selepas pintu belakang kereta dipandu bapanya, Shahbuddin Md Saad, 36, tiba-tiba terbuka ketika melalui selekoh di Kampung Kilang Makau, Pinang Tunggal, dekat sini. Ketika kejadian, mangsa bersama kakaknya, Aishah, 5, duduk di tempat duduk belakang kenderaan itu, manakala ibu mereka di depan. Ibu bapa Mohd Firdaus juga dikatakan hanya menyedari anak bongsu mereka terjatuh apabila Aishah menjerit memberitahu pintu kereta terbuka.
Jurucakap polis berkata, keluarga berkenaan yang tinggal di Kampung Sungai Seluang, Lunas dikatakan dalam perjalanan ke pusat beli-belah di Bakar Arang, dekat sini untuk membeli barangan keperluan. "Mangsa dipercayai terjatuh apabila pintu kereta jenis Mitsubishi Galant yang dipandu bapanya tiba-tiba terbuka ketika melalui satu selekoh menyebabkan dia tercampak lalu digilis tayar belakang kenderaan berkenaan. "Bapa mangsa yang segera memberhentikan keretanya selepas diberitahu anak bongsunya terjatuh, mendapati Mohd Firdaus terbaring dalam keadaan berlumuran darah kerana kecederaan di kepala dan badan," katanya di sini, semalam.
Jurucakap itu berkata, bapa mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terpaksa mendapatkan bantuan orang ramai untuk menghantar anaknya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kerana dia terlalu terkejut sehingga tidak mampu memandu. Mohd Firdaus bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat. Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku, terutama mencari punca pintu belakang kereta itu dikatakan terbuka sendiri ketika dipandu melalui selekoh berkenaan. Sementara itu, Shahbuddin yang ditemui pemberita di bilik mayat HSAH, enggan ditemubual kerana masih terkejut dan terlalu sedih dengan kejadian itu.

P/S: Takziah untuk keluarga mangsa. Aurora harap kejadian ini membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya penggunaan tali keledar serta tempat duduk kanak-kanak dalam kenderaan. Biar berbelanja lebih demi keselamatan anak.

4 Ahli Parlimen pembangkang berbasikal ke Dewan Rakyat

Berita Harian Online
23 Jun 2008

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api. Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan). Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.

P/S: Wah.... Alang-alang kenapa dari Bank Negara je? Biar la jauh sikit. Baru terasa penjimatan bahan apinya.

Wednesday, June 18, 2008

Hanya tiga penumpang belakang wajib pakai tali pinggang

17/06/2008 8:14pm
Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 17 Jun – Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.
``Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya.
``Jika dalam keadaan ini terdapat seorang anak yang tidak memakai tali pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, kita tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi jangan anggap ini untuk menggalakkan lebihan muatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Utusan.

P/S: Aurora rasa macam ada tak kena je statement ni kan? How about the safety of the others(the 4th n so on)?How to solve the problem of those who can't afford transport that is big enough for their whole family? I really wonder.....

Tuesday, June 17, 2008

recession is coming

this time around memang lagi dasyat …US in double jeopardy .. dollar weaken … minyak naik ..US$4/gal from US$0.89/gal (the cheapest I could remember la .. pump price memang fluctuate ikut seasons, summer slightly expensive due to vaporized gas)malaysia ..1997 ‘tom yum’ crisis .. minyak still murah .. share jatuh .. but macro level still ok … more to the ‘bubble’ burst … corrective and speculative2008-2010 …. prepare for worst …this is testing our fundamental and core … honestly …kita tak habis recover from 1997 lagi …we have to rely on China to keep prosper and take over the US role and India to be more fluorish … these are countries that we still can sell something …my ‘2 cents’ advise :1. don’t change job yet … LIFO … stay dulu ..2. get rid of high installment loans …2nd or 3rd car yg hardly use … dispose .. unless dah habis bayar ..used car price akan jatuh … unreasonable drop .. interest rate for used car akan naik mencanak, margin of financing low ..and repayment time will be shorter … good side .. you’ll get bargain price in the coming years for your dream modelstry full settlement kan rumah or reduce principal amount .. korek la epf .. and please refinance to Islamic package … fixed rate .. BLR akan naik … last round sampai 12% (kalau tak silap ..tolong betulkan)rumah yg kat tempat yg pelik2 memang susah nak dispose dah ..puncak alam as good as macam kena ‘daylight robbery” …kalau confident with your job … reschedule so that you can settle within the shortest time … kalau tak confident lower your monthly installment .. so that if you’re out of job (nauzubillah) you still can service your loanplease take note: most malaysians are ONE month to bancruptcy … gaji lambat 2 minggu or if you miss your salary one month ..you’re gone .. as most bills are 1-2 months outstanding .. semua rely on bonus nak clear these overdues, tapi bila dapat bonus tak ‘current’kan balik ..nak shopping sikit ..reward ourselves .. takkan kerja penat habis bayar bank saja ..please restructure your debts now … we still have few months before 2nd & 3rd wave datang (hopefully) .. if yoou need to take personal loan ..ambik yg tak ada BLR + or - punya package .. fixed .. BSN ok ..and Bank persatuan is OK … better buat sekarang ..at least if you kena bancruptcy tak pasal2 sebab rumah or kereta you still boleh hidup … transfer kan saving to BSN (the only bank yg tak effect kalau yr asset kena freeze … please verify if anybody ada info lebih)the only stable investment i see now is gold (emas) and Euro €yg lain … ASB insyaAllah boleh rely lagi …share Bank Rakyat ..and Bank Persatuan (bank rakyat in the making ..kat section 9 bawah tu ada one branch … they only open to bumi malay sahaja) they pay more than ASB last year ..alamak … terlebih sudah ..terseronok menaip pulak … sesiapa yg more knowledgeable please comment and sambung …my advise quite radical ..but i foresee memang lagi teruk dari 1997

Earl Grey dan Kopi Kampung

Salam,

Lama saya tak update blog ni. Hari ni terpanggil untuk menulis lagi. Beberapa hari lepas saya terjaga lebih awal dari anak dan suami dari tidur. Jadi sambil bermalas-malasan, saya flip through channel Astro, tiba-tiba tertarik dengan tajuk sebuah telemovie iaitu "Earl grey dan Kopi kampung". Saya pon tgk.... cerita nya dah separuh jalan. Hero dan heroin hebat. Eman Manan dan Deanna Yusuf. Setting pon menarik.... cam tempat sejuk. Tapi kat Baling. Saya tak tahu pulak Baling ada tempat yang tenang macam tu....

Ceritanya simple je....Saya tgk masa dah nak abis. Tapi tau la Si Deanna ni berlakon jadi mistress to one Con Dato' and last2 dato' tu masuk jail n Deanna balik kepada Eman. Yang pasti saya suka tgk Eman dan Deanna tu punya watak....Tgk tajuk macam da bleh agak jalan ceritanye kan.... happy ending kut akhirnya. Nak kena tunggu rerun plak.... Kena tgk dari mula baru best.

Thursday, June 5, 2008

Minyak Naik Lagi!!!!!

Waaaa..... Sedih saya dengar berita minyak naik. Tiba-tiba tersentap hati saya. Banyak juga kenaikkannya. Terasa juga. Sekiranya kenaikkan harga beras tidak begitu saya rasai kerana bilangan ahli keluarga hanya 3 orang, kenaikkan harga minyak menyebabkan saya sedikit resah. Selama ini saya hanya perlu RM50 untuk penuhkan tangki Kenari kesayangan saya setiap 3 hari sekali, sekarang lebih RM70. Banyak beza tu. Sekarang terpaksalah lebih berjimat untuk menyerap kenaikkan harga minyak. Saya tak dapat bayangkan mereka yang berpendapat rendah dan yang mempunyai keluarga yang besar. Kasihan mereka.....

P/S: Harapan Aurora, kerajaan dapat membendung kenaikkan harga barangan lain terutama makanan demi kebajikan rakyat. Harap-harap tambang pengangkutan awam tidak naik mendadak....