Tuesday, May 13, 2008

PLKN@National Service

Ahli Parlimen Batu Gajah menyarankan supaya Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dihentikan serta merta sehingga Kementerian Pertahanan mengkaji semula perlaksanaan program tersebut. Ini ekoran jumlah kematian Pelatih yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di mana atau apakah kesilapannya? Kebetulan hanya seorang dari ahli keluarga saya yang terpilih untuk menyertai program tersebut. Itupun dihantar pulang hanya selepas seminggu di kem latihan disebabkan oleh asma. Boleh pon ambil tindakkan pantas sebelum masalah jadi lebih teruk.

Secara amnya saya suka idea program ini. Tetapi mungkin cara perlaksaannya perlu diperhalusi. Mungkin jumlah Pelatih setiap kem dikurangkan supaya perhatian lebih boleh diberikan sekiranya timbul sebarang masalah terutamanya masalah kesihatan. Jurulatih juga jangan la pandang remeh jika Pelatih mengadu sakit. Bak kata pepatah "Better be safe than sorry". Kalau sakit, hantar terus pergi hospital, kalau doktor kata tiada masalah, bawa balik. Sambung latihan. Kalau tak, hantar balik.

P/S: Aurora pernah jadi pengerusi kebajikan asrama, memang letih bila pelajar selalu sakit. Asyik kena bawa pergi hospital. tapi bila dah jadi tanggujawap, kena buat juga. Kalau tidak memang la kena jawap.

2 comments:

  1. Ops! terperanjat lagi kita dengan berita kematian pelatih PLKN, Innalillah. Dan program ini terus menjadi kritikan agar dihentikan seolah-olah ianya "kem maut' bagi remaja kita yang perlukan latihan jati diri. Usahlah kita berpandangan sempit dalam menilai kebaikan PLKN sebagaimana kita melihat "titik hitam diatas papan putih", yang hitamnya lebih kita ambil kira sedangkan yang putih lebih luas. Apa yang pasti, PLKN perlu diteruskan untuk menyediakan remaja yang tahu peranan diri pada negara, bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  2. Ya betul.... Apa pun kerajaan pasti perlu "bersihkan" titik hitam itu.

    ReplyDelete