Tuesday, May 13, 2008

Wakil rakyat ditegur merokok di Parlimen

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Mei - Sikap segelintir wakil rakyat yang suka merokok secara terbuka dalam bangunan Parlimen terutama di kafetaria ditegur kerana memberi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) berkata, beliau melihat ahli-ahli Parlimen sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang bebas merokok di kafetaria yang sering menjadi tumpuan orang ramai.Menurut beliau, di bawah Peraturan 11 (1) (H) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 2004 jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh merokok dalam mana-mana premis kerajaan.''Saya berharap ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak supaya tidak merokok secara terbuka di kafetaria sebaliknya berbuat demikian di kawasan yang dibenarkan oleh Parlimen."

''Sebagai wakil rakyat kita harus menjadi contoh kepada orang lain terutamanya generasi muda di samping dapat menyelamatkan mereka yang tidak merokok," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Lo' Lo', terdapat kira-kira 4,000 bahan kimia dalam sebatang rokok dan jelas ia boleh menyebabkan seseorang perokok itu mendapat penyakit bahaya.

"Pakar-pakar perubatan dari United Kingdom (UK) turut mendapati rokok mengandungi dadah yang boleh membahayakan kesihatan seseorang perokok itu," ujarnya.Tambahnya, ketika ini terdapat hampir 4.6 juta perokok di negara ini yang membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari untuk membeli rokok.''Ini bermakna kira-kira RM90 juta dibelanjakan untuk tempoh satu bulan bertujuan membeli rokok sahaja, sedangkan banyak lagi perkara boleh dilakukan seperti menyalurkan wang berkenaan bagi membantu rakyat miskin terutama di negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

P/S: Aurora sangat bersetuju dengan perkara ini. Aurora sendiri terfikir begitu kerana setahu Aurora bangunan kerajaan memang kawasan larangan merokok. Lagipun, sebagai wakil rakyat, seharusnya mereka dahulu yang mematuhi peraturan. Baru rakyat akan mengikut.

No comments:

Post a Comment