Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

Apa nak jadi ni....

Hari ni Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh digantung kehadiran(ke persidangan) selama 2 hari sebab mengatakan Speaker,"main-main dan tidak serius" . (Boleh ke cakap macam tu kepada Speaker?). Macam cakap kepada hakim di Makamah yang beliau main-main dan tak serious. Hebat-hebat....

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berharap semua Ahli Parlimen mengambil iktibar dari pengantungan tersebut supaya lebih menghormati antara satu sama lain tanpa mengira parti serta tidak bertindak biadap.

P/S: Dah la semalam Lim Kit Siang dah bawa Ahli Kumpulan Hindraf yang telah diharamkan itu melawat Parlimen. Today Karpal Singh pula.Apa nak jadi kalau orang yang dipilih sebagai pemimpin, memberi contoh yang sangat "cantik". Kalau yang memimpin "kurang ajar", bagaimana pula yang yang dipimpin. Fikir-fikirlah.

Tuesday, May 13, 2008

PLKN@National Service

Ahli Parlimen Batu Gajah menyarankan supaya Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dihentikan serta merta sehingga Kementerian Pertahanan mengkaji semula perlaksanaan program tersebut. Ini ekoran jumlah kematian Pelatih yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di mana atau apakah kesilapannya? Kebetulan hanya seorang dari ahli keluarga saya yang terpilih untuk menyertai program tersebut. Itupun dihantar pulang hanya selepas seminggu di kem latihan disebabkan oleh asma. Boleh pon ambil tindakkan pantas sebelum masalah jadi lebih teruk.

Secara amnya saya suka idea program ini. Tetapi mungkin cara perlaksaannya perlu diperhalusi. Mungkin jumlah Pelatih setiap kem dikurangkan supaya perhatian lebih boleh diberikan sekiranya timbul sebarang masalah terutamanya masalah kesihatan. Jurulatih juga jangan la pandang remeh jika Pelatih mengadu sakit. Bak kata pepatah "Better be safe than sorry". Kalau sakit, hantar terus pergi hospital, kalau doktor kata tiada masalah, bawa balik. Sambung latihan. Kalau tak, hantar balik.

P/S: Aurora pernah jadi pengerusi kebajikan asrama, memang letih bila pelajar selalu sakit. Asyik kena bawa pergi hospital. tapi bila dah jadi tanggujawap, kena buat juga. Kalau tidak memang la kena jawap.

Pembantu rumah A.K.A Bibik

YB Kuala Krau membangkitkan adakah kerajaan menyediakan khidmat latihan kepada rakyat tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing. Jawapan yang diberikan sering berbalik kepada soal kewangan dimana upah untuk pembantu rumah tempatan adalah jauh lebih tinggi berbanding pembantu rumah asing. Ini bermakna, walaupun kerajaan bersedia untuk menyediakan latihan kepada rakyat tempatan untuk menjadi pembantu rumah, adakah para majikan bersedia untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membayar upah pembantu rumah?

YB Rantau Panjang berkata soal kewangan tidak penting, yang lebih penting adalah masa depan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan dengan pembantu rumah asing semasa ibu bapa mereka keluar bekerja. Pelik bukan? Memperjuangkan soal pembantu rumah? Mahu kerajaan sediakan latihan untuk rakyat tempatan menjadi pembantu rumah? Apakah jaminan pembantu rumah tempatan lebih baik dari pembantu rumah asing? Secara dasar juga, bukankah sesuatu perkhidmatan akan wujud sekiranya ada permintaan? Jika tiada rakyat tempatan yang mahu menjadi pembantu rumah, bagaimana kerajaan mahu menyediakan latihan? kalau ada pun rakyat tempatan mnjadi pembantu rumah, mereka lebih senang bekerja di luar negara yang memberikan pendapatan yang lebih lumayan.

Secara peribadi, yang penting adalah peranan ibu bapa itu sendiri. Kalau sanggup berbelanja lebih, tak mustahil untuk dapatkan bibik Malaysia. Pokoknya, walau dari mana sekali pun bibik kita, kalau kita lepas tangan, semua bibik buat, anak-anak akan jadi anak bibik. Sekiranya kita hadkan fungsi bibik, anak tetap anak kita. Renung-renungkan.

P/S: Aurora lebih suka jaga anak sendiri, tapi sayang pula susah payah Mak Ayah aurora hantar masuk universiti kalau tak kerjakan?