From My Hubby point of view;
Berdasarkan pemerhatian sepanjang mesyuarat cawangan-cawangan ...
1. DILARANG BERCAKAP-CAKAP SEMASA KHATIB MEMBACA KHUTBAH
Setiap hari Jumaat, kita sering dimaklumkan dengan peringatan di atas. Tetapi masjid tidak pernah sunyi dan diam sepanjang masa khutbah dibacakan! Masih terdapat di kalangan kita yg tetap menyambung perbualan dan tidak memberi perhatian langsung kepada khutbah yang disampaikan.
Tetapi senario ketika mesyuarat dan persidangan amatlah berbeza. Ketika disuruh bercakap kita diam membisu (tak semua)! Lepas tu ada pulak yang berkata: "Tujuan saya nak bertanding ni sebab masa masyuarat bahagian saya tak boleh bercakap! Cakap saja kena hentam!". Pemerhatian saya, calon-calon mesti mampu untuk berhujah, kalau 'point' tak strong, mesti kena hentam. kalau tak mampu berhujah dan mempertahankan pendapat, tak payah pegang jawatan!Pendapat kita pun tak semestinya semua betul. Kena juga belajar terima pendapat orang. Kadang-kadang sedih tengok gelagat orang kita.
2. Kesetiaan kepada RAJA dan NEGARA!
Ini prinsip rukun negara yang kedua; yang pertama Kepercayaan Kepada Tuhan... "IN GOD WE TRUST."Greenbacks ataupun Dollar Amerika mengabadikan perkataan ini pada setiap not keluarannya.Saya ingin mempersoalkan, dalam prinsip rukun negara yang kedua ini, RAJA dan NEGARA mana yang kita setia? Boleh dikatakan kesetiaan ahli UMNO hanya kepada SPB Agong yang Pertama sahaja iaitu Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, yang potretnya diabadikan pada matawang kita dan NEGARA yang kita setia hanyalah Bank "NEGARA" Malaysia, yang juga tertulis pada not-not kertas kita! Betul atau tidak?
Asyik-asyik isu yang timbul duit, itu duit, ini duit, dah tak ada isu lain ke? Saya pun perlukan duit, nak kata tak cinta duit tu tipulah. Tapi tak kan lah kita hanya berpaksikan duit? Duit bukan raja lagi dah, boleh dikatakan dah jadi macam berhala, alat ciptaan manusia yang disembah. Terpesong akidah! Kalau macam inilah perjuangan kita, tak lama lagi hancurlah.
3. MASYUKKKKK
Orang kita kalau makan cari kedai yang ada tanda halal, kalau ada isu makanan tercemar dengan babi, kita la yang mengamuk dulu.
Tetapi dalam musim pemilihan ni, elaboration dari perkara no. 2 di atas, semua org bercerita tentang masyuk. Siap ada pengerusi tetap yang cakap, kepada perwakilan yang terpilih tu, kalau masyuk jgn lupa Pengerusi tetap!
'Masyuk' ni halal ke haram? Ikhlas betul ke org yg nak bagi ni? Ada yg kata, masa ni lah kita nak pau calon. very thin line utk dibincangkan. Tetapi kalau kita ambik duit utk menyalahgunakan sesuatu atau mengubah keputusan, atau ayat mudah 'KENA BELI'. Confirm haram!
HARAM tu sama la level nya dengan daging BABI! Ubahlah nama jadi Bacon ker, HAM & CHEESE ke, Babyback Grill (tulang belakang anak babi yang dipanggang), McRibs (rusuk anak babi berperisa BBQ yg dihidangkan oleh McDonalds), Pepperoni (di malaysia beef or chicken pepperoni, di luar negara confirm ada babi!), ataupun nama-nama lain, masih tetap BABI.
Renung-renungkan lah MASYUKKKK kita tu semula!
---end---
Itulah benda-benda yang menerjah minda saya. Saya bukanlah yang terbaik, tapi apa yang saya perhatikan dan fikirkan tersangatlah basic. Kalau salah saya mohon maaf bebanyak.
Saya tidak sama sekali akan berselindung di sebalik status 'anonymous' ataupun nick-nick open yang lain. Kalau nak bercakap, cakap terang-terang, bukan 'semasa khatib membaca khutbah'!
Sekadar renungan dan gunakanlah akal,
Norhisham Abdul Mutalib
AURORA: Posting ni Aurora pinjam sebab pendapat sama. Lagi lama memerhatikan politik kita, mmg ini isu yang sering timbul. Sedih tapi betul.
No comments:
Post a Comment