Saya suka berfikir tetapi bukannya seorang ahli fikir, dan saya sendiri kagum dengan kemampuan akal dan imaginasi yang Allah SWT anugerahkan kepada semua manusia, kita mampu berada di dalam satu dimensi lain yang hanya kita sendiri mampu gambarkan.
Kalau sesiapa yang pernah menonton filem "Conspiracy Theory" lakonan Mel Gibson pasti akan come across satu adegan yang watak Mel Gibson tidak senang duduk kalau tiada salinan buku "Catcher in the Rye". Secara realiti buku karya J.D. Salinger ini telah mencetuskan satu fenomena yang unik dalam dunia penulisan dan diulang cetak berkali-kali dan telah dijual melebihi 65 juta naskah.
Saya bukannya hendak melakukan 'book review' tetapi ada satu fakta menarik tentang buku ini. Ia tidak dibenarkan sama sekali diadaptasikan dan diangkat menjadi sebuah filem, bukan oleh penulisnya tetapi dari para pembaca. Pembaca di seluruh dunia tidak mahu 'bayangan' watak-watak dan suasana dalam buku ini diterjemahkan. Mereka lebih selesa dengan mengimaginasikan semua ini di dalam minda mereka, and they do not want the film spoil whatever that they have and imagine about the book.
Itulah contoh 'kuasa' keramat akal dan minda kita yang dianugerahkan oleh Allah. Walaupun akal manusia mempunyai limitasi, contohnya, cuba bayangkan wajah Rasulullah SAW, saya gerenti, tak akan boleh punya!
Tetapi akal adalah satu nikmat yang patut kita hargai dan perlu untuk ditajamkan pada setiap masa dan perlu dibimbing dengan pengisian kerohanian dan agama.
Learning will never stop, from craddle to grave!
No comments:
Post a Comment