24 Disember 2008
UMNO Bahagian Batu: Persidangan Semula!
UMNO Bahagian Batu akan menyaksikan pertarungan semula antara calon Ketua Bahagian, Yahya Mat Ghani dan Datuk Yusuff Hamid. Pada persidangan yang lalu (02/11/08), Datuk Yusuff Hamid telah menang dengan 5 undi majoriti. Yahya Mat Ghani telah memohon kepada UMNO Malaysia untuk persidangan semula dan kini segala persoalan tentang kesahihan keputusan persidangan yang lalu terjawab sudah.
UMNO Bahagian Batu akan mengadakan persidangan semula dijadualkan pada 28/12/08 (Ahad). Persidangan kali ini hanya akan menyaksikan pertandingan untuk jawatan Ketua Bahagian. Tentang lokasi dan masa akan diberitahu kelak. Syabas diucapkan, inilah ketelusan yang Pemuda IKS cari dalam UMNO. Kepada Yahya Mat Ghani, selamat berjuang! Pemuda IKS menyokong penuh barisan kepimpinan anda dalam perjuangan ini.
Dari blog Pemuda IKS
Aurora: Hmmm.... betul ke kena bersidang semula? Dah dapat arahan ke dari Badan Perhubungan UMNO? Aurora harap, walau apa pun terjadi, UMNO dapat bersatu demi kebaikkan semua.
No comments:
Post a Comment