Thursday, July 10, 2008

RM800 For Four!

Menteri Penerangan menyebut pada lawatan beliau ke Vanuezuela, beliau mendapati harga makanan untuk 4 orang di sana adalah RM800... Wah.... Kalau makan hotel 5 bintang mungkin justified to pay rm800. Tapi kalau normal diners je? Boleh muntah kalau hari-hari nak bayar that price. According to a source, inflation rate kat sana is between 20 - 30%. According to source juga, Venuezuela merupakan sebuah negara pengeluar minyak yang terkemuka iaitu sebanyak 2.4 juta tong setahun.

Disebabkan kerajaan Venuezuela mahu menjadi kerajaan populist, mereka telah meletakkan harga minyak hanya 30sen/liter. Tindakkan ini telah menyebabkan mereka gagal mengawal harga barang lain dan seterusnya menyebabkan kadar inflasi menjadi tinggi.Kalau harga minyak murah, tapi harga makanan melambung-lambung, takde makne juga. Minyak bukan boleh makan pon. Ia hanya penting sebagai punca tenaga. Pada saya kena balanced la. Boleh isi minyak dan beli benda lain dengan harga yang sepatutnya. Maka dengan itu, kita boleh lihat, tidak semestinya dengan harga minyak rendah, harga barangan lain juga rendah.

Mungkin kerajaan kita lebih rela menjadi tidak popular berbanding melihat rakyat menderita dengan kadar inflasi yang melampau. Mungkin sekarang rakyat tidak faham, tapi sedikit masa lagi rakyat pasti mengerti. Dan dari apa yang saya lihat, rakyat sudah mula menerima kenaikkan harga minyak. Saya juga berharap, kerajaan akan terus memastikan harga barangan lain terkawal agar semua boleh menikmati hidup di Malaysia ini. Semoga di Malaysia tidak akan ada yang perlu bayar RM200 untuk makan tengah hari di gerai......

My Royal Shortness.....

Yesterday was such a long day for me and my family. I have to be at PWTC till late night for a function and my darling hubby have to entertain his business clients. That left my poor baby at the baby sitter house till late at night.

I arrived at my baby sitter home around 1 am in the morning and to my surprise, "My Royal Shortness" as I always call my litlle baby, is still wide awake. She was playing with all the girls in the room. She just a baby in a group of young ladies, being the center of the attention and looking so happy. Then we go home, and we tuck her into bed and within 10 minutes she was fast asleep. Me and hubby was feeling so guilty for coming home so late. Most of the time, it's either mommy or daddy will have to be home for her...

This morning, when I left for work, my royal shortness was still asleep. I hope my hubby doesn't have hard time sending her to school..... I hope I can be home as soon as possible today to be with my royal shortness.....

Tuesday, July 8, 2008

Hutang....

Ah Long.... Saya bukan Ah Long, Saya cuma nak tolong..... Kenapa orang pinjam duit kat ah long, kenapa tak pinjam bank? Jawapan mudah. orang nak pinjam duit sebab diorang takde duit, biasanya terdesak, dan bank biasanya takkan bagi pinjaman ada orang yang "credit ratingnya" tak cantik. Maka, jalan mudah orang-yang terdesak ni adalah dengan pinjam dengan ah long. kalau boleh bayar selamat, kalau tak boleh? Macam-macam masalah timbul.

Kenapa kerajaan tak lakukan sesuatu untuk mengawal ah long? Pada saya, jawapannya mudah, tiada permintaan. tiada perkhidmatan. Saya rasa kita kena kaji balik sebab kenapa seseorang itu menjadi begitu terdesak sehingga terpaksa meminjam dengan ah long ini. Ah Long ini hanya seperti peniaga yang hanya mahukan keuntungan. Dengan yang terdesak, asal boleh dapat wang, apa bakal terjadi kemudian hari tak menjadi soal sehingga tiba the fateful day.

Saya perhatikan, sekarang ini, ramai anak muda yang terlalu ghairah untuk mempunyai segala-galanya. Gaji bertambah RM100, hutang bertambah RM1000. Membeli rumah atau kereta tanpa mengira kemampuan jangkamasa panjang. Yang mereka nampak, lagi muda, lagi lama boleh berhutang. Tapi mereka tak nampak, lagi lama berhutang, lagi tinggi faedahnya. Mula bekerja dengan gaji mungkin RM2000 sudah mula kalut mencari rumah yang ingin dibeli. Mula kira berapa ribu pinjaman yang boleh lulus dengan gaji sebanyak itu. Selepas membeli rumah, baru sedar yang mereka tak mampu lagi membeli rumah sebenarnya. Nak jual sayang. Maka mula la mencari jalan untuk meringankan beban. Pada yang bijak, mungkin akan mengurangkan hutang lain, bertukar kepada kereta yang lebih kecil atau mengurangkan aktiviti di luar. Pada yang sebaliknya? Mungkin akan terus menambah hutang untuk menutup hutang. Kalau bujang, mungkin tak begitu bermasalah, kalau bagi yang sudah berkeluarga?

Saya harap, kepada yang masih belum banyak hutang, fikirkan dahulu kemampuan sebelum berhutang. Lebih baik tiada harta, jika berharta dengan hutang keliling pinggang. Bagi yang bekeluarga, fikirkan keperluan keluarga sebelum berhutang untuk kepentingan status anda. Wang boleh di kumpul. Bila kewangan stabil, lagi mudah untuk membeli harta. Ketika itu, pasti kita dapat menikmati harta kita.Sebaliknya, sekiranya kita terburu-buru, jika salah langkah, takut nanti terjebak dengan ah long. Fikir-fikirkan lah rakan-rakan.

Monday, June 23, 2008

Minyak lagi...

Saya tiba di Parlimen sekitar jam 9.45 pagi. Sudah ramai wartawan di hadapan pintu masuk Parlimen. Masing-masing sedang menantikan ketibaan 4 Ahli Parlimen yang akan berbasikal ke Parlimen untuk menunjukkan protes kepada kerajaan berhubung dengan kenaikkan harga minyak. Tapi adakah tindakkan tersebut akan memberi kesan kerana kenaikkan minyak ini adalah isu dunia. Bukan sekadar di Malaysia. Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia turut merasai kesan kenaikkan harga minyak, tetapi apa daya saya untuk menghentikan semua ini. Saya pasti rakyat akan berjaya menghadapi tekanan ini. Saya juga pasti kerajaan tidak duduk diam dalam menangani masalah ini. Mungkin cara penyelesaiannya mungkin tidak dapat mengembirakan semua, tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang mendapat faedah.

P/S: Aurora harap semua dapat sama-sama bersabar dalam menghadapi tekanan ini. Pasti akan ada kebaikkan dalam semua ini.

Pintu kereta terbuka, budak maut digilis

Oleh Omar Osman
Berita Harian Online
23 Jun 2008

SUNGAI PETANI: Seorang budak lelaki berusia setahun sembilan bulan maut digilis kereta yang dipandu bapanya sendiri, apabila dia terjatuh dari kenderaan itu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke pusat beli-belah, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Mohd Firdaus Shahbuddin, dikatakan terjatuh selepas pintu belakang kereta dipandu bapanya, Shahbuddin Md Saad, 36, tiba-tiba terbuka ketika melalui selekoh di Kampung Kilang Makau, Pinang Tunggal, dekat sini. Ketika kejadian, mangsa bersama kakaknya, Aishah, 5, duduk di tempat duduk belakang kenderaan itu, manakala ibu mereka di depan. Ibu bapa Mohd Firdaus juga dikatakan hanya menyedari anak bongsu mereka terjatuh apabila Aishah menjerit memberitahu pintu kereta terbuka.
Jurucakap polis berkata, keluarga berkenaan yang tinggal di Kampung Sungai Seluang, Lunas dikatakan dalam perjalanan ke pusat beli-belah di Bakar Arang, dekat sini untuk membeli barangan keperluan. "Mangsa dipercayai terjatuh apabila pintu kereta jenis Mitsubishi Galant yang dipandu bapanya tiba-tiba terbuka ketika melalui satu selekoh menyebabkan dia tercampak lalu digilis tayar belakang kenderaan berkenaan. "Bapa mangsa yang segera memberhentikan keretanya selepas diberitahu anak bongsunya terjatuh, mendapati Mohd Firdaus terbaring dalam keadaan berlumuran darah kerana kecederaan di kepala dan badan," katanya di sini, semalam.
Jurucakap itu berkata, bapa mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terpaksa mendapatkan bantuan orang ramai untuk menghantar anaknya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kerana dia terlalu terkejut sehingga tidak mampu memandu. Mohd Firdaus bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat. Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku, terutama mencari punca pintu belakang kereta itu dikatakan terbuka sendiri ketika dipandu melalui selekoh berkenaan. Sementara itu, Shahbuddin yang ditemui pemberita di bilik mayat HSAH, enggan ditemubual kerana masih terkejut dan terlalu sedih dengan kejadian itu.

P/S: Takziah untuk keluarga mangsa. Aurora harap kejadian ini membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya penggunaan tali keledar serta tempat duduk kanak-kanak dalam kenderaan. Biar berbelanja lebih demi keselamatan anak.